Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Friday, November 27, 2009

Daddy2!!! Sex Tue ape???

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....






NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....

Tuesday, November 17, 2009

lebih baik SEPULUH kalau tak tiga puluh...

Assalamualaikum w.b.t


“Hai!!!! Awak ape khabar harinie??..” Kalau takpun “hello!! Camane awak harinie?? “Itulah perkataan yang mungkin kite selalu ucapkan apabila kita bertemu antara satu sama lain. Tapi sedarkah kita bahawa ada satu kalimah yang sememangnya kian dilupai dan kalimah ini sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sendiri


Kalimah itu ialah Assalamualaikum.. Sebenarnya hati ini terdetik ingin mengepos mengenai kalimah ini kerana merasakan kalimah ini semakin dilupai dan kian kurang kedengaran antara sesama kita. Ingatkah kita sewaktu zaman muda-muda dulu(waktu sekolah) bile jumpe senior saje terus beri salam tanpa mengetahui apakah asbab dan musababnye..

Sebagai seorang muslim kita mestilah mempraktikkan amalan ini apabila bertemu atau berjumpa saudara seIslam dimana sahaja berada. Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 86


"Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam, maka jawablah penghormatan atau salam itu dengan lebih daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya"


Disini jelaslah kepentingan amalan salam ini. Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan tentang amalan ini. Disini saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah hadis .


Dari Imran bin al-Husain r.a. katanya,


"Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw, lalu dia mengucapkan Assalamualaikum. Kemudian nabi mengucapkan, "SEPULUH", maksudnya pahalanya digandakan sepuluh kali. Selanjutnya datang orang lain lalu dia mengucapakan, "Assalamualaikum warahmatullah", Lalu rasulullah berkata, "DUA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Kemudian ada pula orang lain datang , lalu mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh". Kemudian rasulullah membalas salam tersebut lalu bersabda: "TIGA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.


Jadi, saya ingin menyeru kepada diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain agar mengamalkan amalan ini. Kalau berasa berat untuk mengucapkan yang tiga puluh, cukuplah sekadar yang sepuluh itu... Samalah-samalah kita menghidupkan amalan ini..


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..


Wallahualam..

Tuesday, November 10, 2009

Indahnya Persahabatan Itu jika.........


Assalamualaikum wbt...

"halo sayang.. lame tak dengar khabar??? sayang rindu ayang tak??" kate salah seorg sepasang couple yg sedang hangat bercinta... "sayang rindu sangat ayang...." jawab pasangannye.. Itulah kata-kata manis yang menjadai halwa telinga bagi org2 yang sedang bercinta atau dengan bahasa yang lebih sopan berkawan..

Tapi hambe ingin menimbulkan satu persoalan disini.. Sampai kapan perkara yang manis sebegini akan bertahan??? hambe ingin bertanya, sapa yang berani bagi jaminan bahawa kebahagiaan yang ana cube tonjolkan dalam dialog sekerat diatas berkekalan ??

Alangkah indahnya persahabatan itu sekiranya dijalinkan semata-mata keran Allah bukan kerana manusia sama ada paras rupa atau kecantikannya semata-mata.. Rasulullah menjelaskan maksud orang bersaudara kerana Allah dengan satu cerita spt berikut:

"Seorang pemuda pergi menziarahi saudarnya lalu Allah menyurh malaikat menantinya dijalan.

Malaikat bertanya, "Anda kemana?"

pemuda,"Aku hendak menziarahi saudaraku si anu"

Malaikat, "apa hajatmu mengunjunginya?"

pemuda, "tidak ada apa-apa"

Malaikat, "Apakah kerana hubungan kerabat dengan dia?"

pemuda, " Aku mengasihinya kerana Allah"

Malaikat kemudiannya menjelaskan bahwa dia adalah utusan Allah kasih kepada pemuda tersebut disebabkan pemuda tersebut kasihkan saudaranya kerana Allah dan pemuda itu berhak mempunyai syurga Allah."

Lihatlah betapa besarnya nikmat yang diberikan sekiranya kita menjalinkan oersahabatan semata-mata kerana Allah.. Sebelum hambe mengakhiri post kali ini, hambe ingin berkongsi kisah persahabatan yang agung..

Kejadian ini berlaku dalam perang Yarmuk. Setelah tamat peperangan seorang pemuda Islam berjalan di tengah mayat para Syuhada'. Abu jahn bin Huzaifah ra. meriwayatkan,

" Semasa peperangan yarmuk, aku mencari saudara sepupuku yang berada di barisan hadapan semasa pertempuran. Aku menjumpainya dalam kedaan luka parah. Aku juga membawa sedikit air kepadanya.. Dengan tiba-tiba aku mendengar rintihan tentera yang luka parah disinya. Dengan itu, saudaraku mengisyaratkan supaya air itu aku berikan kepada tentera tadi, dan aku dapati ia adalah Hisyam bin Abilah. Sebelum aku sampai disinya, aku terdengar rintihan lain dari seseorang tidak jauh dari situ, Hisyam yang dalam keadaan yang luka parah itu juga telah mengisyaratkan kepadaku supaya aku memberikan iar kepada tentera yang merintih itu. sebelum aku sempat menghampirinya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. aku terus berlari mendapatkan Hisyam, beliau juga telah meninggal dunia. Dengan itu, aku berlari cepat ke arah saudaraku, tetapi dia juga telah mengikuti kedua-duanya."

Itulah nilai persahabatn yang sememangnya tidak terjual beli apabila persahabatn yang dijalinkan semata-mata kerana Allah.. walaupun mereka dalam keadaan nazak atau diambang maut, tetapi mereka masih mengingati sahabat mereka hinggakan mereka mementingkan keperkluan saudaranya melebihi kepentingan diri sendiri.....

Persoalannya disini.... sudahkah kita mencapai tahap sebegini dalam persahabatan?? atau sudahkah kita bersedia untuk mencapai tahap sebegini???

renung-renungkanlah...

p/s: post ini untuk mengingati diri sendiri yg sering lupa dan juga sahabat-sahabat sekalian...

wallahuallam,.....


Friday, November 6, 2009

Mampukah Ukhuwah Terbina Berkekalan selamanya????

Asssalamualaikum wbt...

ahhhh!!! ko memang dah lame sakitkan hati aku!, Ko asyik fikir tentang diri ko jea.. Ko tak penah nak pon nak fikir tentang orang lain.. aku dah bosan berkawan dengan ko.. Perkara ini selalu berlaku sekiranya tiada persefahaman lagi dalam persahabatan, dan mungkin juga perkara sebegini pernah berlaku dalam hidup kita...


nielah akibatnya bile ukhuwwah retak.. hehehe
p/s: sorie amir..huhu

Persoalannya disini,, mampukah Ukhuwwah yang terbina dapat berkekalan hingga ke akhir hayat.?? sebenarnya ukhuwwah dapat berkekalan sekiranya ukhuwwah yang terjalin itu adalah semata-mata kerana Allah, tidak kerana manusia dan lebih teruk lagi kerana harta benda.. sekiranya ukhuwwah yang terjalin atas dasar takwa kepada Alla nescaya persahabatan itu akan berkekalan selama-lamanya...Islam telah banyak menggariskan beberapa adab dalam menjalinkan persahabatan. Dari Anas r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Janganlah engkau saling benci-membenci, saling dengki-mengdengki, saling belakang-membelakangi, salimg putus-memutuskan ikatann persahabatanatau keluarga dan jadilah engkau semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.Tidaklah halal bagi seseorang Muslim kalau ia tidak menyapa saudaranya lebih dari tiga hari"

Sudah terbukti bahwa Islam amat mementingkan tali persahabatan yang terbina sehinggakan dinyatak bahawa tidak halal seseorang itu sekiranya tidak menyapa saudaranya lebih dari tiga hari. So, mari kite renung kembali, berapa lama tempoh untuk kita memaafkan orng yang kita marah sekiranya kita bergaduh???? Tepuk dada, tanya iman..

Persahabatan dan percintaan dengan dasar ikhlas karena Allah bagaikan pohon yang menjulang tinggi ke langit dan akarnya menghunjam ke bumi, tumbuh di hati-hati yang suci, disirami (disemai) dengan ilmu, indah dan manis dengan kejujuran dan ketulusan, menjadi besar dengan husnudzan (bersangka baik), buahnya disediakan mimbar-mimbar dari cahaya di hari kiamat untuk mereka, apakah kita siap untuk berteduh di bawah naungan pohon tersebut dan melaksanakan hak-hak persahabatan?

Akhir kata kepada diri ana dan juga sahabat-sahabat sekalian....Untuk mendapat sahabat yang sejati... kita perlu bersedia menjadi sahabat yang sejati renung-renungkanlah

Wallahualam..

Tuesday, November 3, 2009

Ada Apa Dengan Salji.....


Assalamualikum..

Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk mangeposkan satu lagi post yang tak sebeberapa best nie.. Bile terlihat SALJI di luar terdetik hati yang kecil ini untu
k berblogg.. So ana ambik salji sebagai modal kali ini..

Inilah keadaan bila 3 sahabat 'teruja' dengan salji'


Hahaha... sudah lama ana sudah pasang niat untuk datang ke negara bersalji nie. akhirnya tercapai jua.. perasaan melihat salji yang turun buat kali pertamanya di depan mata merupakan pengalaman yang indah dan sememangnya tidak boleh dijual beli.. Cantik, putih, suci..Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut seorang insan yang sememangnya jakun or teruja (bahasa yang sedap didengar) huhu.. Pengalaman bermain snowball buat kali pertama memang tidak dapat dilupakan..

Tetapi.... hakikatnya kesucian salji itu hanyalah putih diluaran sahaja.. Disebalik keputihannya terselindung lumpur2 yang kotor, botol2 kaca yang tajam dan daun-daun yang reput.. Kesuciannya adalah bersifat luaran sahaja dan bukan keseleluruhan.. Berlainan sekali dengan salji yang aku impikan dari kecil dulu... Salji yang cantik, putih, suci.. begitulah jua dengan hakikat hidup ini...

Kata Orang.. langit tak slalunye cerah.. perkara pokok yang ana cuba bawakan ialah hidup ini tak selalunya indah seperti yang kita impikan.. Mungkin ada diantara kita yang selalu mengimpikan kehidupan yang bahagia tetapi tdk semuanya yang mengecapinya.. Dan ada juga yang menyalahkan takdir kerana tidak seperti yang dimahukannya.. Itulah yang silapnya.. kita tidak sedar bahawa apa yang terkjadi di muka bumi ini telah dirancang oleh SEBAIK-BAIK PERANCANG iaitu ALLAH s.w.t..

Nasihat ana untuk diri sendiri yang hina ini dan juga rakan-rakan yang lain, bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri.. JANGAN!!! sesekali menyalahkan takdir kerana setiap kejadian yang telah diaturkan ada hikmahnya yg tersendiri cuma kita yang lemah lagi hina ini tidak mengetahuinya.. Ingatlah kata2 pujangga ini:

Tidak ada perkara yang lebih BAIK daripada MUNGkin selain PERKARA YANG TELAH BERLAKU..

Wallahualam...