Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Saturday, February 20, 2010

Betulkah Umat Islam Terorist??


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, Allah telah kurniakan kekuatan pada jemari-jemariku untuk melaksanakan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini. hati ini terdetik ingin menulis mengenai betulke Ummat Islam terrorist?? ketika terdengar dua sahabat ana yang berlainan agama yang masing2 berdebat ingin menunjukkan keistimewaan agama masing2ketika dalam bas sepanjang perjalanan ke hostel. Ana gunakan Islam untuk sahabat ana yg islam n X untuk non muslim

X muslim: betulke agama korang nie extrimis? bunuh sane, bunuh sini..

muslim : mane ade?? kitorang mane ade bunuh2 orang. agama kitorang tak penah ajar untuk mengamalkan keganasan.

X muslim: Dah yang aku tengok video yang orang pakai serban tutup muka sembelih orang tue.. kejam giler..

muslim:...........

mase tue ana terkaku... ok2.. kenapa masyarakat sekarang nie sedang melabel kita nie umat islam sebagai terrorist?? kenapa? kenapa?? dan kenapa?? Atau memang betul yang umat islam nie sebenarnya terrorist??

teringat semasa ana didalam kelas agama sewaktu sekolah dahulu, ade seorang pelajar perempuan yang bertanya kepada ustaz mengenai soalan yang sama bunyinya dengan sahabat ana tadi..

pelajar: Ustaz, betulke ummat islam nie ganas? terrorist? sebab saya tengok dalam video mereka sembelih orang tidak bersalah. kadang2 saya rasa malu sebagai umat islam..

ustaz: awak konfirmke yang buat itu orang islam??

pelajar:.................

ustaz: boleh jadi orang yang buat itu orang kafir yang berusaha melabel umat islam sebagai pengganas dengan cara menyamar dan menyembelih orang. inilah mindset yang ingin disemai islam oleh musuh2 islam.. terrorist=islam


Inilah realiti dunia sekarang, umat yang dahulunya pernah menjadi Ustaziatul Alam tapi sekarang sudah dilabel sebagai pengganas! kalau sahabat ana yang islam pun ragu-ragu dgn islam nie, tidak hairanlah sahabat ana yang non-muslim menanyakan soalan sedemikian.. HAH!! pemikiran sebeginilah yang telah berjaya disetkan oleh golongan kafir.. hal ini sememangnya sudah jelas dalam al-Quran

"dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. katakanlah, "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya" dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu(keberanan) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."(2:120)

maksudnya disini, orang-orang kafir ni tidak akan sesekali berpuas hati terhadap orang islam selagi kita ni tidak mengikut ajaran mereka,. Masyaallah.. tanpa kita sedar, perkara nielah yang telah dirancang oleh musuh2 islam dan meracuni pemikiran ramai orang yang kurang pengetahuan tentang islam seterusnya melabel Islam yang suci ini sebagai Terrorist!!

ana bagi satu contoh kat sini, ada sebatang sungai yang mana airnya mengalir dengan tenang tanpa sebarang halangan. apa akan jadi sekiranya ade orang yang berhati busuk menyekat air yang mengalir itu dengan batu2. semestinya air itu akan melimpah dan akan terus mereskan perjalanannya untuk ke hilir kan??

itulah ibarat umat islam sekarang.. sungai itu ibarat kita dan air yang mengalir itu adalah kerja yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. orang yang berhati busuk itu adalah musuh2 islam yang sememangnya tidak akan pernah senang melihat umat islam ini bangkit. So, samela dengan situasi sekarang, ummat islam tak pernah sesekali mengamalkan kekerasan terhadap orang bukan islam. Umat islam akan bangkit sekiranya dakwah dan tarbiah yakni tugas yang telah dimandatkan oleh Allah ini disekat.

umat islam tidak pernah sukakan keganasan dan perkara ini cukup bertentangan dengan berita yang digembar-gemburkan oleh media massa sekarang. buktinya kerana umat islam beriman dengan ayat (2:190) surah al-baqarah

"dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

subhanallah.. sudahlah kita hanya diseru untuk memerangi orang yang mengancam kita tapi disuruh pula kita jangan melampaui batas. Inikah dikatakan Keganasan!!!??? kalau kita tengok berapa ramai umat islam terbunuh di palestin? even ketika ana menulis ini, berapa ramai saudara-saudara kita disana yang sedang dalam ketakutan diacukan muncung senapang didepan mukanya?? masyaAllah.. inikah dikatakan keadilan??? berapa ramai anak-anak kecil kehilangan ibu bapanya? berapa ramai isteri kehilangan suaminya? dan berapa ramai perempuan2 muda yang telah dicabul oleh askar2 kafir laknat itu?? inikah dikatakan keadilan??

sedangkan apa yang dianjurkan oleh islam ialah, ketika berperang oarang awam sama sekali tidak boleh dicederakan, termasuk kanak-kanak. bukan itu sahaja, pokok-pokok dan haiwan-haiwan juga tidak boleh dibunuh.. inikah dikatakan keganasan?? wahai sahabat-sahabatku sedarlah bahawa kita sebenarnya umat yang terbaik tetapi kerana golongan kafir-kafir laknat inilah yang sentiasa berusaha menutupkan kekejaman meraka dan membuat ilusi yang sebenarnya penipuan yang besar mengenai Umat islam..

kenapa orang yang berpakai sebegini dilabel sebagai pengganas

orang yang memakai serban, berjanggut, memakai kopiah itu sering dilabel terrorist...mengapa?? mengapa? mengapa orang yang memakai coat bertali leher dalam White House itu tidak dilabel sebagai pengganas?? hal ini kerana pemikiran umat sekarang telah diset sedemikian. sedangkan serban yang merupakan sunnah nabi itu kita kadangkala takut untuk memakainya di khalayalak ramai kerana apa? kerana takut dilabel sebagai terrorist!! mengapa hal ini berlaku??
kerana kita sudah lemah, lemah seperti lalang yang ditiup angin. tidak tetap pendirian dan mudah untuk dipijak-pijak..

dimana umat yang sepatutnya memerintah alam ini? melaksanakan 2 tugas yang dimandatkan kepada manusia?? semuanya berpunca kepada umat islam yang telah menjauhkan diri daripada 2 wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah junjungan kita yakni Al-quran dan sunnah.. bagaimanakah kita ingin mengadap tuhan yang maha Esa itu, dengan tugas yang tidak selesai. layakkah kita untuk memasuki syurga yang dijanjikann olehNYA atau layakkah kita untuk mencium bau syurga sedangkan umat islam kini dalam keadaan keadaan sakit dan kritikal sedangkan kita masih bersenang lenang didalam bilik, berfacebooking setiap hari??

Allah berfirman: (3:142)

apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

so, same2lah kite berjihad berusaha untuk membebaskan adan merawat umat islam yang sakit kini. insyaallah semua usaha yang kita buat ini akan menjadi saksi ketika kita berdepan dengan RAB kita nanti.

insyaAllah...

p/s: kalau ade mase tengok2lah video nie, inilah realiti umat islam sekarang.....


Saturday, January 2, 2010

ayah dan ibu......itulah permulaan kami...

Assalamualaikum...

hoohohohohohoho............. merry christmas!!! senoving godang(happy new year dalam rusia + bhs trg,haha).. pelik betul knape orang rusia nie memang semangat giler nak sambut dua perayaan nie kalah kite sambut hari raye puase..

.............................................................................

tujuan post kali nie diposkan bukannya nak cakap pasal perayaan rusia or whatever, tapi hanya untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. haiihhh... dah tiga bulan dah aku bermusafir kat bumi rusia nie yea, banyak mende dah aku lalui, susah payah, senang lenang, pahit manis, masam masin semua dah ku rasa..

sebenarnya hati ini tergerak untuk menulis selepas tengok adegan dalam citer code blue(haa!! nak amik kesempatan nak promote cter nie, memang superb untuk bdk medic tgk!!!)
secara ringkasnya, babak tue tentang pengorbanan nenek die yang sanggup berkorban untuk membesarkan cucunya.. Ya Allah!!! touching habis la part tue.. so tergerak lah hati kecil ini untuk mengepos tentang tanggungjwb anak(specificnya kitalah!) terhadap orang tua kita.

sekarang nie, mari kite imbas kembali zaman silam kita
.......................................................................................

dah2, cukup2, jangan imbas lame2, hehhehe. pernahkah kite menyakitkan hati mereka?? pernahkah kite meninggikan suara kita terhadap mereka?? adakah semua hak mereka ke atas kita telah kita tunaikan?? siapa yang berani jamin yang die nie telah buat semua hak orang tuenye ke atasnya, spa yang berani jamin yang die tak pernah sakitkan hati ibubapanya?.kalau ade orang macam tue, alhamdulillah.. masing2 kenal diri masing2.. tepuk dada tanya iman..

Dari Abdullah Ibn Amru ra bahawa rasulullah saw bersabda:

"sesungguhnya dosa yang paling besar ialah derhaka kepada ibubapa. Abdullah berkata: Apakah dia derhaka kepada ibubapa?. Baginda bersabda:seorang memaki bapa seorang yang lain maka orang itu memaki bapanya, seorang memaki emaknya maka dia memaki emaknya juga".

lihatlah bagaimana islam mengajar kita supaya menghormati kedua insan yang mulia ini, sedangkan ibubapa orang dilarang untuk kita kutuk, inikan lagi ibubapa sendiri. so, ape kes bagi anak2 yang sepak terajang mak die semata-mata untuk dpatkan duit untuk beli dadah?? tue bukan setakat maki tapi TERAJANG!!!! nie nak marah nie...

kita sebagai anak2 haruslah memnunaikna segala hak2 mereka keatas mereka. apa yang mereka suruh selagi tak berlawanan dengan hukum syarak, maka ikutlah.. ada satu lagi hadis yang bermaksud:

"mentaati kedua ibubapa itu adalah lebih utama daripada solat, sedekah, puasa, haji, umrah dan jihad fisabilillah"

so, renung2kanlah. sejauh mana kita menghargai kedua ibubapa kita, kita sendiri saja yang dapat menilainya......fikir2kanlah.

kalau ade mase tengoklah2 video nie...


p/s: bagi kawan2 yang tinggal serumah dengan ibubapanya sekarang, hargailah mereka, kalau aku di tempatmu, aku akan peluk2 mak dan ayah aku.. aduuuhhh.. rindu betul nie.