Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Tuesday, December 22, 2009

Hijrah.Titik Permulaan Sesuatu Yang Baru

Assalamualaikum…


Haa.. Letih sangat minggu nie.. Sebelum jari-jari ini menaip dengan pantasnya, sebelum neuron-neuron ini bersambung dengan ligatnya, rasanya masih belum terlambat untuk wish SELAMAT TAHUN BARU ISLAM!!!! Semuga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Insyallah. Mudah2an.


Hijrah??? Ape tue? Hijrah tue nomad ke? Ada ape dengan hijrah??.. Adakah hijrah itu cukup sekadar berarak di jalan-jalan sambil membawa sepanduk Maal Hijrah, atau sekadar mengucapkan selamat tahun baru??

Kalau kita singkap kembali sirah islam, peristiwa hijrah ini sememangnya membaa impak yang maksima kepada islam dan seterusnya manusia sejagat. Kerana hijrahlah, islam yang sebelumnya dihina, dipuji, kerana hijrahlah Islam yang sebelumnya dikutuk dan dicaci,tealh menjadi ikutan kepada sekalian islam. Hijrahlah menjadi titik tolak kemenangan dan kebangkitan Islam!! Inilah erti hijrah yang sebenar..


Inilah erti hijrah yang perlu kita pegang dan kita semat dalam hati. Kalau diasimilasikan dalam kehidupan seharian kita ini, hijrah ini sepatutnya menjadi titik tolak kebangkitan kita yang mungkian dahulunya dalam kejahilan, atau kemuduran menjadi lebih baik dan terbaek!! Dan mungkin kalau sudah dalam keadaan yang baik, berhijrah menjadi lebih baik..


So, marilah kita bersama-sama melakukan lonjakan paradigma pada tahun ini dalam mengembalikan apa yang kita telah hilang! Insyaallah.. Mudah2an. Tapi, first, Kita kene setting niat dahulu supaya matlamat hijrah kita ini jelas, bertepatan dengan hadis 1 dalam hadis 40:


"setiap amalan dimulakan dengan niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah keran Allah dan rasulnya, maka hijrahnya akan dinilai mengikut niatnya iaitu menuju Allah dan rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut itu"


So,MARILAH KITA MENUJU KEJAYAAN!!!!! Insyaallah..


Wallahualam..



Friday, December 11, 2009

DiBelakang tabir pembinaan Seorang anak Adam yang bergelar manusia...

Assalamualaikum w.b.t..

fuhh... penat sungguh minggu nie, habis lenguh muscle trapezius n latissimus nie.. haha(baru balajar muscle la katakan..hehe).. Minggu nie memang penat la, esok ade extra practical lagi, haha,, redha jela.. dah lame dah tak wat post, tergerak hati nak mengepos bile tengok satu video nie

...................................................................................................





haa.... best kan?? nak2 lagi bile budak medic yang tengok, hehe...

sebenarnya tujuan post kali nie hanyalah ingin memuhasabah diri sendiri dan mungkin juga kepada pembaca2 blog ini(bagi yang sudi membaca)..

Subhanallah!!! tengoklah macamane kekuasaan ALLAH s.w.t.. dalam berjuta-juta sperma ada, yang berenang dalam spermduct, yang mencari dimana ovum, yang lemah lagi hina itu, hanya l=satu sahaja yang BERJAYA, yang dipilih oleh Allah untuk hidup di muka ini.. hanya satu..hanya satu dalam berjuta-juta.. Subhanallah!!.. yang BERJAYA itu adalah KITA.

Tapi timbul satu persoalan disni.. mengapa dalam berjuta-juta sperma itu, hanya kita yang DIPILIH?? mengapa kita yang masih tidak menyumbang kepada agama ini dipilih?? Mengapa dan Mengapa???

Sudah tentu ada asbab dan musababnya.. Firman Allah s.w.t:

Aku(Allah) tidak menciptakan jin dan manusia meliainkan mereka beribadat kepadaku.
(Ad-Dzariyat:56)

"Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini."

(Al Baqarah :30)

timbul satu lagi persoalan BESAR disini.... ADAKAH KITA SUDAH MELAKSANAKAN KEDUA-DUA ATAU SALAH SATU DARIPADANYA??? Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang bersyukur?? Tepuk dada tanya iman..

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN???

wallahualam...

Thursday, December 3, 2009

Jahil=bodoh=kurangpandai=kita?????

Assalamualaikum wbt..

"kalau aku kate orang sekarang nie semakin bodoh atau bodoh kepal(bhs trg yea) korang percaya tak??" kate seorang kawan kpd kwnnya yg lain "orang lain yang bodoh atau ko yang bodoh???.. ko tak nampak ke manusia semakin hari semakin maju??"

mungkin dialog diatas bterjadi sekiranya kita menyayakan soalan sedemikian kepada kawan2 kita atau orang lain. Memang sudah lumrah seseorang itu akan marah sekiranya kita mengisytiharkan bahawa dia BODOH.

tapi sedarkah kita bahawa manusia sekarang menjadi bertambah bodoh atau dengan kata lain bertambah jahil... meungkin korang sume tertanya-tanya kepada aku sanggup mengeluarkan statement sebegini yang agak kasar bunyinya. Nah!!!! nie buktinye:

dimanakah nilai-nilai kemanusiaan kita??!!!
apakah dosa bayi kecil ini sehinggakan tidak diberi peluang untuk hidup??

atau kita sememangnya jahil???!!

dimanakah silapnya???
Nielah mungkin 0.1% bukti yang manusia yang dikatakan maju ini sebenarnya jahil!! (geram nie) kita sebenarnya semakin jahil jauh lebih jahil daripada kaum jahiliyah.

Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. Dizaman itu, mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu dihari besar mereka nanti, seperti adat dizaman tersebut. Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina, samada anak lelaki atau anak perempuan. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir, sedang Jahiliyah dizaman hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas !!

“Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8).

Secara logiknya, sanggupkah seorang ibu membuang anaknya sendiri yang dikandungnya selama 9 bulan itu??? adakah perkara sebegini kita definisikan sebagai maju???Dimanakah nilai2 kemanusiaan?? Bukankah Islam mengajar hanya nilai-nilai murni kepada umatnya.

Sabda Rasulullah SAW

" Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. "


bagaimana seorang anak itu ingin dibentuk sekiranya bayi yang hanya beberapa minit melihat alam yang fana ini dibuang kedalam tong-tong sampah??? Fikir-fikirkanlah.. tepuk dada tanya iman...


Wallahualam...


Friday, November 27, 2009

Daddy2!!! Sex Tue ape???

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....






NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....

Tuesday, November 17, 2009

lebih baik SEPULUH kalau tak tiga puluh...

Assalamualaikum w.b.t


“Hai!!!! Awak ape khabar harinie??..” Kalau takpun “hello!! Camane awak harinie?? “Itulah perkataan yang mungkin kite selalu ucapkan apabila kita bertemu antara satu sama lain. Tapi sedarkah kita bahawa ada satu kalimah yang sememangnya kian dilupai dan kalimah ini sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sendiri


Kalimah itu ialah Assalamualaikum.. Sebenarnya hati ini terdetik ingin mengepos mengenai kalimah ini kerana merasakan kalimah ini semakin dilupai dan kian kurang kedengaran antara sesama kita. Ingatkah kita sewaktu zaman muda-muda dulu(waktu sekolah) bile jumpe senior saje terus beri salam tanpa mengetahui apakah asbab dan musababnye..

Sebagai seorang muslim kita mestilah mempraktikkan amalan ini apabila bertemu atau berjumpa saudara seIslam dimana sahaja berada. Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 86


"Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam, maka jawablah penghormatan atau salam itu dengan lebih daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya"


Disini jelaslah kepentingan amalan salam ini. Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan tentang amalan ini. Disini saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah hadis .


Dari Imran bin al-Husain r.a. katanya,


"Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw, lalu dia mengucapkan Assalamualaikum. Kemudian nabi mengucapkan, "SEPULUH", maksudnya pahalanya digandakan sepuluh kali. Selanjutnya datang orang lain lalu dia mengucapakan, "Assalamualaikum warahmatullah", Lalu rasulullah berkata, "DUA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Kemudian ada pula orang lain datang , lalu mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh". Kemudian rasulullah membalas salam tersebut lalu bersabda: "TIGA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.


Jadi, saya ingin menyeru kepada diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain agar mengamalkan amalan ini. Kalau berasa berat untuk mengucapkan yang tiga puluh, cukuplah sekadar yang sepuluh itu... Samalah-samalah kita menghidupkan amalan ini..


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..


Wallahualam..

Tuesday, November 10, 2009

Indahnya Persahabatan Itu jika.........


Assalamualaikum wbt...

"halo sayang.. lame tak dengar khabar??? sayang rindu ayang tak??" kate salah seorg sepasang couple yg sedang hangat bercinta... "sayang rindu sangat ayang...." jawab pasangannye.. Itulah kata-kata manis yang menjadai halwa telinga bagi org2 yang sedang bercinta atau dengan bahasa yang lebih sopan berkawan..

Tapi hambe ingin menimbulkan satu persoalan disini.. Sampai kapan perkara yang manis sebegini akan bertahan??? hambe ingin bertanya, sapa yang berani bagi jaminan bahawa kebahagiaan yang ana cube tonjolkan dalam dialog sekerat diatas berkekalan ??

Alangkah indahnya persahabatan itu sekiranya dijalinkan semata-mata keran Allah bukan kerana manusia sama ada paras rupa atau kecantikannya semata-mata.. Rasulullah menjelaskan maksud orang bersaudara kerana Allah dengan satu cerita spt berikut:

"Seorang pemuda pergi menziarahi saudarnya lalu Allah menyurh malaikat menantinya dijalan.

Malaikat bertanya, "Anda kemana?"

pemuda,"Aku hendak menziarahi saudaraku si anu"

Malaikat, "apa hajatmu mengunjunginya?"

pemuda, "tidak ada apa-apa"

Malaikat, "Apakah kerana hubungan kerabat dengan dia?"

pemuda, " Aku mengasihinya kerana Allah"

Malaikat kemudiannya menjelaskan bahwa dia adalah utusan Allah kasih kepada pemuda tersebut disebabkan pemuda tersebut kasihkan saudaranya kerana Allah dan pemuda itu berhak mempunyai syurga Allah."

Lihatlah betapa besarnya nikmat yang diberikan sekiranya kita menjalinkan oersahabatan semata-mata kerana Allah.. Sebelum hambe mengakhiri post kali ini, hambe ingin berkongsi kisah persahabatan yang agung..

Kejadian ini berlaku dalam perang Yarmuk. Setelah tamat peperangan seorang pemuda Islam berjalan di tengah mayat para Syuhada'. Abu jahn bin Huzaifah ra. meriwayatkan,

" Semasa peperangan yarmuk, aku mencari saudara sepupuku yang berada di barisan hadapan semasa pertempuran. Aku menjumpainya dalam kedaan luka parah. Aku juga membawa sedikit air kepadanya.. Dengan tiba-tiba aku mendengar rintihan tentera yang luka parah disinya. Dengan itu, saudaraku mengisyaratkan supaya air itu aku berikan kepada tentera tadi, dan aku dapati ia adalah Hisyam bin Abilah. Sebelum aku sampai disinya, aku terdengar rintihan lain dari seseorang tidak jauh dari situ, Hisyam yang dalam keadaan yang luka parah itu juga telah mengisyaratkan kepadaku supaya aku memberikan iar kepada tentera yang merintih itu. sebelum aku sempat menghampirinya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. aku terus berlari mendapatkan Hisyam, beliau juga telah meninggal dunia. Dengan itu, aku berlari cepat ke arah saudaraku, tetapi dia juga telah mengikuti kedua-duanya."

Itulah nilai persahabatn yang sememangnya tidak terjual beli apabila persahabatn yang dijalinkan semata-mata kerana Allah.. walaupun mereka dalam keadaan nazak atau diambang maut, tetapi mereka masih mengingati sahabat mereka hinggakan mereka mementingkan keperkluan saudaranya melebihi kepentingan diri sendiri.....

Persoalannya disini.... sudahkah kita mencapai tahap sebegini dalam persahabatan?? atau sudahkah kita bersedia untuk mencapai tahap sebegini???

renung-renungkanlah...

p/s: post ini untuk mengingati diri sendiri yg sering lupa dan juga sahabat-sahabat sekalian...

wallahuallam,.....


Friday, November 6, 2009

Mampukah Ukhuwah Terbina Berkekalan selamanya????

Asssalamualaikum wbt...

ahhhh!!! ko memang dah lame sakitkan hati aku!, Ko asyik fikir tentang diri ko jea.. Ko tak penah nak pon nak fikir tentang orang lain.. aku dah bosan berkawan dengan ko.. Perkara ini selalu berlaku sekiranya tiada persefahaman lagi dalam persahabatan, dan mungkin juga perkara sebegini pernah berlaku dalam hidup kita...


nielah akibatnya bile ukhuwwah retak.. hehehe
p/s: sorie amir..huhu

Persoalannya disini,, mampukah Ukhuwwah yang terbina dapat berkekalan hingga ke akhir hayat.?? sebenarnya ukhuwwah dapat berkekalan sekiranya ukhuwwah yang terjalin itu adalah semata-mata kerana Allah, tidak kerana manusia dan lebih teruk lagi kerana harta benda.. sekiranya ukhuwwah yang terjalin atas dasar takwa kepada Alla nescaya persahabatan itu akan berkekalan selama-lamanya...Islam telah banyak menggariskan beberapa adab dalam menjalinkan persahabatan. Dari Anas r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Janganlah engkau saling benci-membenci, saling dengki-mengdengki, saling belakang-membelakangi, salimg putus-memutuskan ikatann persahabatanatau keluarga dan jadilah engkau semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.Tidaklah halal bagi seseorang Muslim kalau ia tidak menyapa saudaranya lebih dari tiga hari"

Sudah terbukti bahwa Islam amat mementingkan tali persahabatan yang terbina sehinggakan dinyatak bahawa tidak halal seseorang itu sekiranya tidak menyapa saudaranya lebih dari tiga hari. So, mari kite renung kembali, berapa lama tempoh untuk kita memaafkan orng yang kita marah sekiranya kita bergaduh???? Tepuk dada, tanya iman..

Persahabatan dan percintaan dengan dasar ikhlas karena Allah bagaikan pohon yang menjulang tinggi ke langit dan akarnya menghunjam ke bumi, tumbuh di hati-hati yang suci, disirami (disemai) dengan ilmu, indah dan manis dengan kejujuran dan ketulusan, menjadi besar dengan husnudzan (bersangka baik), buahnya disediakan mimbar-mimbar dari cahaya di hari kiamat untuk mereka, apakah kita siap untuk berteduh di bawah naungan pohon tersebut dan melaksanakan hak-hak persahabatan?

Akhir kata kepada diri ana dan juga sahabat-sahabat sekalian....Untuk mendapat sahabat yang sejati... kita perlu bersedia menjadi sahabat yang sejati renung-renungkanlah

Wallahualam..

Tuesday, November 3, 2009

Ada Apa Dengan Salji.....


Assalamualikum..

Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk mangeposkan satu lagi post yang tak sebeberapa best nie.. Bile terlihat SALJI di luar terdetik hati yang kecil ini untu
k berblogg.. So ana ambik salji sebagai modal kali ini..

Inilah keadaan bila 3 sahabat 'teruja' dengan salji'


Hahaha... sudah lama ana sudah pasang niat untuk datang ke negara bersalji nie. akhirnya tercapai jua.. perasaan melihat salji yang turun buat kali pertamanya di depan mata merupakan pengalaman yang indah dan sememangnya tidak boleh dijual beli.. Cantik, putih, suci..Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut seorang insan yang sememangnya jakun or teruja (bahasa yang sedap didengar) huhu.. Pengalaman bermain snowball buat kali pertama memang tidak dapat dilupakan..

Tetapi.... hakikatnya kesucian salji itu hanyalah putih diluaran sahaja.. Disebalik keputihannya terselindung lumpur2 yang kotor, botol2 kaca yang tajam dan daun-daun yang reput.. Kesuciannya adalah bersifat luaran sahaja dan bukan keseleluruhan.. Berlainan sekali dengan salji yang aku impikan dari kecil dulu... Salji yang cantik, putih, suci.. begitulah jua dengan hakikat hidup ini...

Kata Orang.. langit tak slalunye cerah.. perkara pokok yang ana cuba bawakan ialah hidup ini tak selalunya indah seperti yang kita impikan.. Mungkin ada diantara kita yang selalu mengimpikan kehidupan yang bahagia tetapi tdk semuanya yang mengecapinya.. Dan ada juga yang menyalahkan takdir kerana tidak seperti yang dimahukannya.. Itulah yang silapnya.. kita tidak sedar bahawa apa yang terkjadi di muka bumi ini telah dirancang oleh SEBAIK-BAIK PERANCANG iaitu ALLAH s.w.t..

Nasihat ana untuk diri sendiri yang hina ini dan juga rakan-rakan yang lain, bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri.. JANGAN!!! sesekali menyalahkan takdir kerana setiap kejadian yang telah diaturkan ada hikmahnya yg tersendiri cuma kita yang lemah lagi hina ini tidak mengetahuinya.. Ingatlah kata2 pujangga ini:

Tidak ada perkara yang lebih BAIK daripada MUNGkin selain PERKARA YANG TELAH BERLAKU..

Wallahualam...

Thursday, October 29, 2009

Siapakah Kita??

Assalamualaikum w.b.t...

Ramai dalam kalangan kite yang tidak sedar (even ana sendiri) atau seringkali terlupa dengan asal usul kite.. Kita tanpa segan silu mengaku bahawa diri kite pandai sebab kite memang genius or diri ini chantek sebab pandai bermakeup.. TAPI!! sedarkah wahai teman(termasuk diri ana sekali..) bahwa kite semua ini berasal dari tanah yang busuk lagi hanyir.. Logikkah untuk kita untuk membangga diri sedangkan kite ini hanyalah berasal dari segumpal tanah yang hanyir??

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hijr (15:29):

Dan sungguh kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Asal kejadian manusia yang sememangnya dari tanah dikuatkan lagi dengan dalil dari surah As-Sajdah (32:7). Firman Allah s.w.t:Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah.

Sudah jelas bahawa kejadian kita semua berasal daripada tanah. Tetapi mungkin akan timbul keraguan dalam diri saudara dan saudari sekalian yang mungkin mengatakan bahawa kejadian kita beasal dari ovum dan sperma. Memang betul proses kejadian kita semua berasal dari ovum dan sperma tetapi asal sebenarnya kita adalah dari tanah. hal ini juga dinyatakan dalan Al-Quran. Firman Allah:

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang HINA.(As-sajdah 32:8)

Sedarlah wahai kawanku2.. Secara analoginye antara kite dengan Allah adalah seperti kita dengan daki yang ada pada badan kita.. Hina, tidak berguna dan jijik.. Itupun kite masih juga membangga diri..Tiada ruang untuk kita membangga diri di dunia ini. Sedarkah bahawa badan kita sendiri pun merupakan pinjaman atau cagaran kepada kita. Itupun kita terlupa dan asyik membangga2 diri dengan kecantikan diri yang diberi pinjam oleh Tuhan kita, Allah s.w.t. Jadi saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan juga sahabat2 yang lain supaya sama2 kita bermuhasabah diri, untuk merenung kembali asal usul kite dan yang paling penting ape kite dijadikan?

Tetapi ingat, manusia boleh juga menjadi makhluk yang terbaik dan terpuji sekiranya dia dekat dengan Allah dan mungkin juga makhluk yang hina dan lebih hina daripada binatang. tepuk dada tanya iman.. pilihan di tangan KITA..

Wallahualam...

Saturday, October 24, 2009

Allah With Me


Allah With Me

La tahzan, Innallah Ma'ana..Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.. hal inilah yang selalu sangat kite lupe... pada saat dan ketika ini, aku ingin berpesan kepada diri sendiri dan juga sahabat2 seperjuangan yang lain agar apabile kite ditimpa musibah, carilah tempat mengadu yang betul yakni ALLAH.. bukannya boyfriend or girlfriend, sebab mereka hanya manusia biase.. tidak lebih daripada itu.. SO, ingatlah.. jika kita dilanda musibah, contohnya, ape yang kite rancang tidak menjadi, ingatlah!! pergilah mengadu pada Tuhan Yang Maha Esa... Kerana dialah Sebaik2 Perancang... Walllahualam..

Friday, October 23, 2009

Kepada sahabatku...

Orang kate, hidup hanya sekali, so jangan lepaskan peluang yang ade.. enjoy ur life dude!! Ade juge yang kate, mase mude hanya sekali, so jangan lepaskan setiap keseronokan yang ade.. Huhh.. beginilah asam garam kehidupan, ade dlam kalangan kite mengangap bahawa kehidupan ini hanyalah sebagai satu medan di mana setiap oarang bebas melakukan apa yang die mahukan.. tetapi ade juga yang mengnggap bahawa die diciptakan oleh tuhan untuk sebab2 tertentu...So, dalam ruangan inilah aku berharap bahawa ruangan kecil ini akan menjadi medan untuk aku menggooglekan diri aku kenapa dan mengapa aku diciptakan Oleh ALLAH swt yang sememangnya Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. setiap Orang atau lebih spesifik lagi, insan diciptakan oleh Allah atas beberapa maksud. Perkara ini sudah memang termaktub dalam Kitab yang sememangnya mashyur dan akan kekal hingga hari kiamat nanti, yakni kalamullah.. Al-quran..sudah jelas dan nyata, bahawa Allah menjadikan hambe2nye ini semata-mata untuk beribadat kepada Allah.. bukan untuk menghabiskan masa mudenye denggan berfoya2, atau memuaskan nafsu yang yang tak penah2 nak puas.. so fikir2kanlah.. Ingatlah wahai sahabatku, sesungguhnnya ALlah tidak rugi satu sen pon kalau kite tak mengingatinye, tapi AWAS!! klo hambenye yang bodoh lagi hine ini lupa akan asal usulnya, lupe akan RAB nye... ingatlah!!! azab yang pedih akan menanti.. so, aku ingin menjadikan ruangan ini sebagai salah satu usaha dakwah ku dalam memenuhi fitrah kejadian ku dalam alam ini.. Semuga usaha ku yang tak sebeberapa nie mendapat berkat darinyae.. Wallahualam..

Satu Permulaan..

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana diberikan kekuatan dan phalanges2 ayng sihat sehinga mampu untuk ku menyiapkan blog yang tak sampai setahun ketiak jagung nie..setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku berjaya menunaikan hajatku ini... ingin berblogging(tahap kepuasan 9/10)..huhu.. haa!! perhatian kepada sahabat semua yang sememangnya menanti2kan kemunculan blog nie.. semoga pelancaran blogg ini akan menjadi titik permulaan yang terrbaekkk dalam diari kehidupanku ini... bukan bermadah kata, tapi hanya luahan rasa.. Rase terharu lah pulak.. hihi... kepada sahabat2 yang sudah lame berkecimpung dalam arena berblogging nie sila minta tunjuk ajar.