Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Thursday, October 29, 2009

Siapakah Kita??

Assalamualaikum w.b.t...

Ramai dalam kalangan kite yang tidak sedar (even ana sendiri) atau seringkali terlupa dengan asal usul kite.. Kita tanpa segan silu mengaku bahawa diri kite pandai sebab kite memang genius or diri ini chantek sebab pandai bermakeup.. TAPI!! sedarkah wahai teman(termasuk diri ana sekali..) bahwa kite semua ini berasal dari tanah yang busuk lagi hanyir.. Logikkah untuk kita untuk membangga diri sedangkan kite ini hanyalah berasal dari segumpal tanah yang hanyir??

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hijr (15:29):

Dan sungguh kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Asal kejadian manusia yang sememangnya dari tanah dikuatkan lagi dengan dalil dari surah As-Sajdah (32:7). Firman Allah s.w.t:Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah.

Sudah jelas bahawa kejadian kita semua berasal daripada tanah. Tetapi mungkin akan timbul keraguan dalam diri saudara dan saudari sekalian yang mungkin mengatakan bahawa kejadian kita beasal dari ovum dan sperma. Memang betul proses kejadian kita semua berasal dari ovum dan sperma tetapi asal sebenarnya kita adalah dari tanah. hal ini juga dinyatakan dalan Al-Quran. Firman Allah:

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang HINA.(As-sajdah 32:8)

Sedarlah wahai kawanku2.. Secara analoginye antara kite dengan Allah adalah seperti kita dengan daki yang ada pada badan kita.. Hina, tidak berguna dan jijik.. Itupun kite masih juga membangga diri..Tiada ruang untuk kita membangga diri di dunia ini. Sedarkah bahawa badan kita sendiri pun merupakan pinjaman atau cagaran kepada kita. Itupun kita terlupa dan asyik membangga2 diri dengan kecantikan diri yang diberi pinjam oleh Tuhan kita, Allah s.w.t. Jadi saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan juga sahabat2 yang lain supaya sama2 kita bermuhasabah diri, untuk merenung kembali asal usul kite dan yang paling penting ape kite dijadikan?

Tetapi ingat, manusia boleh juga menjadi makhluk yang terbaik dan terpuji sekiranya dia dekat dengan Allah dan mungkin juga makhluk yang hina dan lebih hina daripada binatang. tepuk dada tanya iman.. pilihan di tangan KITA..

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment