Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Tuesday, November 10, 2009

Indahnya Persahabatan Itu jika.........


Assalamualaikum wbt...

"halo sayang.. lame tak dengar khabar??? sayang rindu ayang tak??" kate salah seorg sepasang couple yg sedang hangat bercinta... "sayang rindu sangat ayang...." jawab pasangannye.. Itulah kata-kata manis yang menjadai halwa telinga bagi org2 yang sedang bercinta atau dengan bahasa yang lebih sopan berkawan..

Tapi hambe ingin menimbulkan satu persoalan disini.. Sampai kapan perkara yang manis sebegini akan bertahan??? hambe ingin bertanya, sapa yang berani bagi jaminan bahawa kebahagiaan yang ana cube tonjolkan dalam dialog sekerat diatas berkekalan ??

Alangkah indahnya persahabatan itu sekiranya dijalinkan semata-mata keran Allah bukan kerana manusia sama ada paras rupa atau kecantikannya semata-mata.. Rasulullah menjelaskan maksud orang bersaudara kerana Allah dengan satu cerita spt berikut:

"Seorang pemuda pergi menziarahi saudarnya lalu Allah menyurh malaikat menantinya dijalan.

Malaikat bertanya, "Anda kemana?"

pemuda,"Aku hendak menziarahi saudaraku si anu"

Malaikat, "apa hajatmu mengunjunginya?"

pemuda, "tidak ada apa-apa"

Malaikat, "Apakah kerana hubungan kerabat dengan dia?"

pemuda, " Aku mengasihinya kerana Allah"

Malaikat kemudiannya menjelaskan bahwa dia adalah utusan Allah kasih kepada pemuda tersebut disebabkan pemuda tersebut kasihkan saudaranya kerana Allah dan pemuda itu berhak mempunyai syurga Allah."

Lihatlah betapa besarnya nikmat yang diberikan sekiranya kita menjalinkan oersahabatan semata-mata kerana Allah.. Sebelum hambe mengakhiri post kali ini, hambe ingin berkongsi kisah persahabatan yang agung..

Kejadian ini berlaku dalam perang Yarmuk. Setelah tamat peperangan seorang pemuda Islam berjalan di tengah mayat para Syuhada'. Abu jahn bin Huzaifah ra. meriwayatkan,

" Semasa peperangan yarmuk, aku mencari saudara sepupuku yang berada di barisan hadapan semasa pertempuran. Aku menjumpainya dalam kedaan luka parah. Aku juga membawa sedikit air kepadanya.. Dengan tiba-tiba aku mendengar rintihan tentera yang luka parah disinya. Dengan itu, saudaraku mengisyaratkan supaya air itu aku berikan kepada tentera tadi, dan aku dapati ia adalah Hisyam bin Abilah. Sebelum aku sampai disinya, aku terdengar rintihan lain dari seseorang tidak jauh dari situ, Hisyam yang dalam keadaan yang luka parah itu juga telah mengisyaratkan kepadaku supaya aku memberikan iar kepada tentera yang merintih itu. sebelum aku sempat menghampirinya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. aku terus berlari mendapatkan Hisyam, beliau juga telah meninggal dunia. Dengan itu, aku berlari cepat ke arah saudaraku, tetapi dia juga telah mengikuti kedua-duanya."

Itulah nilai persahabatn yang sememangnya tidak terjual beli apabila persahabatn yang dijalinkan semata-mata kerana Allah.. walaupun mereka dalam keadaan nazak atau diambang maut, tetapi mereka masih mengingati sahabat mereka hinggakan mereka mementingkan keperkluan saudaranya melebihi kepentingan diri sendiri.....

Persoalannya disini.... sudahkah kita mencapai tahap sebegini dalam persahabatan?? atau sudahkah kita bersedia untuk mencapai tahap sebegini???

renung-renungkanlah...

p/s: post ini untuk mengingati diri sendiri yg sering lupa dan juga sahabat-sahabat sekalian...

wallahuallam,.....


5 comments:

  1. pernah dengar satu cerita tak....?
    pada zaman dahulu,ada 2 org pemuda belayar menaiki kapal..sehinggalah mereka tiba di sebuah pulau yang sangat2 terasing..
    kat situ,x der aper2 pun(makanan,tempat berteduh n mcm2 agie lah)...pulau tu kosong...then,salah seorang pemuda itu pun berdoa kepada Allah...
    Ya Allah,Kau turunkanlah makanan kepada ku......Tidak lama selepas itu,dengan izin Allah,makanan pun turunlah dari langit...
    tapi masalahnya,lepas jer makanan turun,pemuda tadi pun dengan sombongnya berkata: kau tengoklah,betapa makbulnya doa aku....
    tp rupa-rupanya,
    tanpa pengetahuannya,kawan pemuda tadi telah berdoa kepada Allah :
    yA Allah,ya Karim,Kau perkenanlah doa kawan aku tadi,moga2 ader rezeki untuknya.janganlah Kau biarkan kawan aku kelaparan..biarkan aku sahaja yang menanggung derita di sini.......

    adakah kita seperti mereka?yang mana satu?yang sentiasa mendoakan kebaikan kpd kawan kita ke???marilah kita sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat kita n melebihkan sahabat kita..ana berpesan untuk diri ana sendiri jugak...

    tidak akan sempurna imam seseorang sehinggalah dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri........

    Sabda Rasulullah saw. "Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain" (H.R. Muslim).

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. tima kaseh fatin.. ana tak perasan plak perkara macam nie.. same-samelah kite mnjadi sahabat yang terrrbaekkk.. insyaallah..

    ReplyDelete
  4. huwaa post ko slalu kena batang hidung aku!

    *aku mmg masalah sket bab2 berkawan ni =.=

    ReplyDelete
  5. mane ade wan.. post kali ini nak meningat diri sendiri yang kadang2 terlupe erti pershbtn.. dismping menginati shbt2 lain.. huhuhu

    ReplyDelete