Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Saturday, February 20, 2010

Betulkah Umat Islam Terorist??


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, Allah telah kurniakan kekuatan pada jemari-jemariku untuk melaksanakan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini. hati ini terdetik ingin menulis mengenai betulke Ummat Islam terrorist?? ketika terdengar dua sahabat ana yang berlainan agama yang masing2 berdebat ingin menunjukkan keistimewaan agama masing2ketika dalam bas sepanjang perjalanan ke hostel. Ana gunakan Islam untuk sahabat ana yg islam n X untuk non muslim

X muslim: betulke agama korang nie extrimis? bunuh sane, bunuh sini..

muslim : mane ade?? kitorang mane ade bunuh2 orang. agama kitorang tak penah ajar untuk mengamalkan keganasan.

X muslim: Dah yang aku tengok video yang orang pakai serban tutup muka sembelih orang tue.. kejam giler..

muslim:...........

mase tue ana terkaku... ok2.. kenapa masyarakat sekarang nie sedang melabel kita nie umat islam sebagai terrorist?? kenapa? kenapa?? dan kenapa?? Atau memang betul yang umat islam nie sebenarnya terrorist??

teringat semasa ana didalam kelas agama sewaktu sekolah dahulu, ade seorang pelajar perempuan yang bertanya kepada ustaz mengenai soalan yang sama bunyinya dengan sahabat ana tadi..

pelajar: Ustaz, betulke ummat islam nie ganas? terrorist? sebab saya tengok dalam video mereka sembelih orang tidak bersalah. kadang2 saya rasa malu sebagai umat islam..

ustaz: awak konfirmke yang buat itu orang islam??

pelajar:.................

ustaz: boleh jadi orang yang buat itu orang kafir yang berusaha melabel umat islam sebagai pengganas dengan cara menyamar dan menyembelih orang. inilah mindset yang ingin disemai islam oleh musuh2 islam.. terrorist=islam


Inilah realiti dunia sekarang, umat yang dahulunya pernah menjadi Ustaziatul Alam tapi sekarang sudah dilabel sebagai pengganas! kalau sahabat ana yang islam pun ragu-ragu dgn islam nie, tidak hairanlah sahabat ana yang non-muslim menanyakan soalan sedemikian.. HAH!! pemikiran sebeginilah yang telah berjaya disetkan oleh golongan kafir.. hal ini sememangnya sudah jelas dalam al-Quran

"dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. katakanlah, "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya" dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu(keberanan) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."(2:120)

maksudnya disini, orang-orang kafir ni tidak akan sesekali berpuas hati terhadap orang islam selagi kita ni tidak mengikut ajaran mereka,. Masyaallah.. tanpa kita sedar, perkara nielah yang telah dirancang oleh musuh2 islam dan meracuni pemikiran ramai orang yang kurang pengetahuan tentang islam seterusnya melabel Islam yang suci ini sebagai Terrorist!!

ana bagi satu contoh kat sini, ada sebatang sungai yang mana airnya mengalir dengan tenang tanpa sebarang halangan. apa akan jadi sekiranya ade orang yang berhati busuk menyekat air yang mengalir itu dengan batu2. semestinya air itu akan melimpah dan akan terus mereskan perjalanannya untuk ke hilir kan??

itulah ibarat umat islam sekarang.. sungai itu ibarat kita dan air yang mengalir itu adalah kerja yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. orang yang berhati busuk itu adalah musuh2 islam yang sememangnya tidak akan pernah senang melihat umat islam ini bangkit. So, samela dengan situasi sekarang, ummat islam tak pernah sesekali mengamalkan kekerasan terhadap orang bukan islam. Umat islam akan bangkit sekiranya dakwah dan tarbiah yakni tugas yang telah dimandatkan oleh Allah ini disekat.

umat islam tidak pernah sukakan keganasan dan perkara ini cukup bertentangan dengan berita yang digembar-gemburkan oleh media massa sekarang. buktinya kerana umat islam beriman dengan ayat (2:190) surah al-baqarah

"dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

subhanallah.. sudahlah kita hanya diseru untuk memerangi orang yang mengancam kita tapi disuruh pula kita jangan melampaui batas. Inikah dikatakan Keganasan!!!??? kalau kita tengok berapa ramai umat islam terbunuh di palestin? even ketika ana menulis ini, berapa ramai saudara-saudara kita disana yang sedang dalam ketakutan diacukan muncung senapang didepan mukanya?? masyaAllah.. inikah dikatakan keadilan??? berapa ramai anak-anak kecil kehilangan ibu bapanya? berapa ramai isteri kehilangan suaminya? dan berapa ramai perempuan2 muda yang telah dicabul oleh askar2 kafir laknat itu?? inikah dikatakan keadilan??

sedangkan apa yang dianjurkan oleh islam ialah, ketika berperang oarang awam sama sekali tidak boleh dicederakan, termasuk kanak-kanak. bukan itu sahaja, pokok-pokok dan haiwan-haiwan juga tidak boleh dibunuh.. inikah dikatakan keganasan?? wahai sahabat-sahabatku sedarlah bahawa kita sebenarnya umat yang terbaik tetapi kerana golongan kafir-kafir laknat inilah yang sentiasa berusaha menutupkan kekejaman meraka dan membuat ilusi yang sebenarnya penipuan yang besar mengenai Umat islam..

kenapa orang yang berpakai sebegini dilabel sebagai pengganas

orang yang memakai serban, berjanggut, memakai kopiah itu sering dilabel terrorist...mengapa?? mengapa? mengapa orang yang memakai coat bertali leher dalam White House itu tidak dilabel sebagai pengganas?? hal ini kerana pemikiran umat sekarang telah diset sedemikian. sedangkan serban yang merupakan sunnah nabi itu kita kadangkala takut untuk memakainya di khalayalak ramai kerana apa? kerana takut dilabel sebagai terrorist!! mengapa hal ini berlaku??
kerana kita sudah lemah, lemah seperti lalang yang ditiup angin. tidak tetap pendirian dan mudah untuk dipijak-pijak..

dimana umat yang sepatutnya memerintah alam ini? melaksanakan 2 tugas yang dimandatkan kepada manusia?? semuanya berpunca kepada umat islam yang telah menjauhkan diri daripada 2 wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah junjungan kita yakni Al-quran dan sunnah.. bagaimanakah kita ingin mengadap tuhan yang maha Esa itu, dengan tugas yang tidak selesai. layakkah kita untuk memasuki syurga yang dijanjikann olehNYA atau layakkah kita untuk mencium bau syurga sedangkan umat islam kini dalam keadaan keadaan sakit dan kritikal sedangkan kita masih bersenang lenang didalam bilik, berfacebooking setiap hari??

Allah berfirman: (3:142)

apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

so, same2lah kite berjihad berusaha untuk membebaskan adan merawat umat islam yang sakit kini. insyaallah semua usaha yang kita buat ini akan menjadi saksi ketika kita berdepan dengan RAB kita nanti.

insyaAllah...

p/s: kalau ade mase tengok2lah video nie, inilah realiti umat islam sekarang.....


5 comments:

  1. salam ziarah muizz... :)

    Alhamdulillah..jazakallah..artikel yang mantap dan begitu membuka mata !! .. sememangnya umat pada zaman sekrang harus 'celik' dengan perkara ini..teruskan semangat juangmu ya akhi ^_^ ..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    betul3x...post yg heBat n mantap..jazakumullahukhairan...
    moga2 kita tidak mudah bertaklid dgn media massa barat yg sering mencari jlan untuk memperburukkan islam di mata dunia..
    sesungguhnya Islam is summarized in term of IHSAN.....
    Aiyuhal assyabab..hayya bi jihad..

    ReplyDelete
  3. hazim: alhamdulillah, nie semua sebab enta lah yg membuka mata ana lepas jaulah haritue. jzk.. betul2.. nielah hakikat sebenrnya yg perlu kita sedari, ayuhlah kita semua bangkit!!!, sudah lama kita diperlekehkan.. Allahuakbar!!

    fatin: salam..semoga kita golongan yang celik ini akan terus berjuang untuk menegakkan yang hak! insyaallah.. hayya bi jihad.

    ReplyDelete
  4. subhanallah... post yang bagus untuk bacaan umat islam yang menderita al-wahn..
    insyaAllah nta tak berseorangan.. rapatkan saff kita.. we are muslim, we are not ashamed to admit, we are MUSLIM!!!

    ReplyDelete
  5. hebat artikel! berilmu dan bermanfaat. Moga dpt menyedarkan kita dgn realiti dunia Islam sekarang.

    ReplyDelete