Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Friday, December 11, 2009

DiBelakang tabir pembinaan Seorang anak Adam yang bergelar manusia...

Assalamualaikum w.b.t..

fuhh... penat sungguh minggu nie, habis lenguh muscle trapezius n latissimus nie.. haha(baru balajar muscle la katakan..hehe).. Minggu nie memang penat la, esok ade extra practical lagi, haha,, redha jela.. dah lame dah tak wat post, tergerak hati nak mengepos bile tengok satu video nie

...................................................................................................





haa.... best kan?? nak2 lagi bile budak medic yang tengok, hehe...

sebenarnya tujuan post kali nie hanyalah ingin memuhasabah diri sendiri dan mungkin juga kepada pembaca2 blog ini(bagi yang sudi membaca)..

Subhanallah!!! tengoklah macamane kekuasaan ALLAH s.w.t.. dalam berjuta-juta sperma ada, yang berenang dalam spermduct, yang mencari dimana ovum, yang lemah lagi hina itu, hanya l=satu sahaja yang BERJAYA, yang dipilih oleh Allah untuk hidup di muka ini.. hanya satu..hanya satu dalam berjuta-juta.. Subhanallah!!.. yang BERJAYA itu adalah KITA.

Tapi timbul satu persoalan disni.. mengapa dalam berjuta-juta sperma itu, hanya kita yang DIPILIH?? mengapa kita yang masih tidak menyumbang kepada agama ini dipilih?? Mengapa dan Mengapa???

Sudah tentu ada asbab dan musababnya.. Firman Allah s.w.t:

Aku(Allah) tidak menciptakan jin dan manusia meliainkan mereka beribadat kepadaku.
(Ad-Dzariyat:56)

"Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini."

(Al Baqarah :30)

timbul satu lagi persoalan BESAR disini.... ADAKAH KITA SUDAH MELAKSANAKAN KEDUA-DUA ATAU SALAH SATU DARIPADANYA??? Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang bersyukur?? Tepuk dada tanya iman..

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN???

wallahualam...

3 comments:

  1. Assalamualaikum......
    betul3x...sedar ataupun x sedar..
    kita sebenarnya adalah the mostest bestest n terbaekkest sejak didalam alam rahim n roh..sbb tuelah kita yang dipilih oleh Allah untuk disenyawakan.....
    kalau x,sudah tentu kita tak akan berada di muka bumi ini.....tapi,kenapa kita lahir ke dunia?????
    dan seringkali kita alpa dengan hakikat kehidupan.....
    jadilah kita khalifah yang terbaik..dgn menjadikan segala apa yang kita lakukan di dunia ini sebagai wasilah(medium)untuk kita beribadat serta mencapai redha allah.....
    beribadat bukan semata2 duduk di atas tikar sejadah tapi melakukan segalanya dengan niat untuk beribadat...
    tidak lupa dalam ayat SURAH AL-IMRAN 110:

    Kamu adalah umat TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia,kerana kamu melakukan amar makruf nahi mungkar,dan beriman kepada Allah...........

    ana berpesan jugak pada diri ana sendiri....

    waAllahu`alam....

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..

    tapi kenapa masih ada lagi antara kita yang tidak mengerti akan hakikat ini, bahkan ade yang menyalahkan takdir dengan kata lain menyalahkan Allah kerana mewujudkan atau mencipta mereka di muka bumi ini(nauzubillah)..????? atau mereka sememangnya orang yg tidak bersyukur atau silap kita (org yang sedar ini) tidak menyedarkan mereka???

    ReplyDelete
  3. Ana bukanlah orang yang layak nk menjawab persoalan itu,tapi pada pandangan ana,sekarang,kita adalh umat akhir zaman,di mana,dunia sekarang dikenali sebagai zaman fitnah...di mana,umat semakin menjauhi islam dan islam tidak lagi menjadi uztaziyatul alam(role model)..even umat islam sendiri sudah tidak mengamalkan cara hidup islam sedangkan islam itu adalh ADdin.....mungkin mereka tidak bersyukur kerana mereka tidak sedar akan hakikat kewujudan mereka,dan mungkin juga salah kita kerana tidak menyedarkan mereka...tapi,kalau kita lihat,sekiranya,diadakan majlis2 ilmu atau,majlis tazkirah@usrah, yang datang ke majlis tersebut adalah golongan yg sedar dan golongan yang tak tahu ttp dengan dunia mereka(x join pun)...kalau difikirkan,macam mana mereka nak sedar kan...
    maknanya,kita kena mendekati mereka dgn cara yg hikmah(jgn biarkan mereka terus tidak tahu).....
    teringat satu kata,
    sesiapa yang mengucapkan la ILLAHA ILLA ALLAH,adalah Pemimpin...maknanya,kita semua adalah pemimpin..dan kita bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka...tapi,bukanlah dengan pergi berdakwah dari satu rumah ke satu rumah,memandangkan kita ada tanggungjawab lain(belajar ),kita boleh berdakwah dengan cara lain contohnya dgn menjadi qudwah hasanah kepada mereka(contoh teladan),kita kena pandai mendekati golongan2 ini..kita kena sentiasa bersangka baik dengan mereka (golongan yg tak tahu),even kalau kita tengok mereka melakukan maksiat,kita jgn benci mereka,tapi kita cuma benci kepada perkara yang mereka lakukan...Mungkin sebab mereka tak dapat apa yang kita dapat,maksudnya,mungkin mereka tidak pernah tahu apa yg sepatutnya mereka tahu n buat kerana tiada orang yang beritaw mereka..jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka dengan cara yang paling baik..
    pernah dengar satu kata(tak tahu siapa yang cakap)``Jangan salah kan yg tak tahu,tapi slahkan yang tahu tapi tak memberitahu...
    kalau difikirka,kenapa bukan semua yang hidup di dunia ini islam???
    kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran..Dan kami jadikan di anatar mereka itu pemimpin2 yg memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mana mereka(sabar) menegakkan kebenaran.mereka menyakini ayat2 kami.....

    kita berusaha untuk menyedarkan mereka walaupun usaha kita taklah sebesar jihad para2 sahabat pada masa dahulu,tapi kita serahkan kepada ALLAH untuk memberi hidayah atau tak kpd mereka kerana hakikat hidayah itu adalah HAK MUTLAK ALLAH swt...KIta just berusaha....

    ini adalah pandangan ana,maaf,kalau ada yang salah kerana ada jugak benda yang ana tak tahu,ana pun banyak kekurangan..wa Allahu`alam

    ReplyDelete