Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Tuesday, December 22, 2009

Hijrah.Titik Permulaan Sesuatu Yang Baru

Assalamualaikum…


Haa.. Letih sangat minggu nie.. Sebelum jari-jari ini menaip dengan pantasnya, sebelum neuron-neuron ini bersambung dengan ligatnya, rasanya masih belum terlambat untuk wish SELAMAT TAHUN BARU ISLAM!!!! Semuga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Insyallah. Mudah2an.


Hijrah??? Ape tue? Hijrah tue nomad ke? Ada ape dengan hijrah??.. Adakah hijrah itu cukup sekadar berarak di jalan-jalan sambil membawa sepanduk Maal Hijrah, atau sekadar mengucapkan selamat tahun baru??

Kalau kita singkap kembali sirah islam, peristiwa hijrah ini sememangnya membaa impak yang maksima kepada islam dan seterusnya manusia sejagat. Kerana hijrahlah, islam yang sebelumnya dihina, dipuji, kerana hijrahlah Islam yang sebelumnya dikutuk dan dicaci,tealh menjadi ikutan kepada sekalian islam. Hijrahlah menjadi titik tolak kemenangan dan kebangkitan Islam!! Inilah erti hijrah yang sebenar..


Inilah erti hijrah yang perlu kita pegang dan kita semat dalam hati. Kalau diasimilasikan dalam kehidupan seharian kita ini, hijrah ini sepatutnya menjadi titik tolak kebangkitan kita yang mungkian dahulunya dalam kejahilan, atau kemuduran menjadi lebih baik dan terbaek!! Dan mungkin kalau sudah dalam keadaan yang baik, berhijrah menjadi lebih baik..


So, marilah kita bersama-sama melakukan lonjakan paradigma pada tahun ini dalam mengembalikan apa yang kita telah hilang! Insyaallah.. Mudah2an. Tapi, first, Kita kene setting niat dahulu supaya matlamat hijrah kita ini jelas, bertepatan dengan hadis 1 dalam hadis 40:


"setiap amalan dimulakan dengan niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah keran Allah dan rasulnya, maka hijrahnya akan dinilai mengikut niatnya iaitu menuju Allah dan rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut itu"


So,MARILAH KITA MENUJU KEJAYAAN!!!!! Insyaallah..


Wallahualam..



2 comments:

  1. Aiwah.mari kita berhijrah menjadi lebih baik dari hari2 semalam......
    tabahkan hati,kuatkan azam,jelaskan matlamat untuk tetap berada di jalan hijrah...kerana..
    setiap kali kita ingin melakukan kebaikan,pasti banyak dugaan n ujian akan melanda..walauapepun,,kita kena sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita...tetaplah di jalan yg benar...
    berhijrah n istiqamah menuju ke arah kebaikan....

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. mudah2an hijrah kita diberkati oleh Allah..a

    ReplyDelete