Assalamualaikum w.b.t

Hidup ini ibarat sebuah pelayaran... Kita semua sebagai pelayar, atau dengan kate lain seorang musafir.. dalam menuju destinasi yang hakiki, ade ramai yang terkandas dengan duagaan disepanjang perjalanan...Dalam usaha menuju ke destinasi yang hakiki, lahirlah sebuah ruang ini, yang mungkin kecil atau seciput ini...Bukan untuk berkhutbah, cuma untuk betulkan diri juga... wallahuallam..
Assalamualaikum…
Haa.. Letih sangat minggu nie.. Sebelum jari-jari ini menaip dengan pantasnya, sebelum neuron-neuron ini bersambung dengan ligatnya, rasanya masih belum terlambat untuk wish SELAMAT TAHUN BARU ISLAM!!!! Semuga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Insyallah. Mudah2an.
Hijrah??? Ape tue? Hijrah tue nomad ke? Ada ape dengan hijrah??.. Adakah hijrah itu cukup sekadar berarak di jalan-jalan sambil membawa sepanduk Maal Hijrah, atau sekadar mengucapkan selamat tahun baru??
Kalau kita singkap kembali sirah islam, peristiwa hijrah ini sememangnya membaa impak yang maksima kepada islam dan seterusnya manusia sejagat. Kerana hijrahlah, islam yang sebelumnya dihina, dipuji, kerana hijrahlah Islam yang sebelumnya dikutuk dan dicaci,tealh menjadi ikutan kepada sekalian islam. Hijrahlah menjadi titik tolak kemenangan dan kebangkitan Islam!! Inilah erti hijrah yang sebenar..
Inilah erti hijrah yang perlu kita pegang dan kita semat dalam hati. Kalau diasimilasikan dalam kehidupan seharian kita ini, hijrah ini sepatutnya menjadi titik tolak kebangkitan kita yang mungkian dahulunya dalam kejahilan, atau kemuduran menjadi lebih baik dan terbaek!! Dan mungkin kalau sudah dalam keadaan yang baik, berhijrah menjadi lebih baik..
So, marilah kita bersama-sama melakukan lonjakan paradigma pada tahun ini dalam mengembalikan apa yang kita telah hilang! Insyaallah.. Mudah2an. Tapi, first, Kita kene setting niat dahulu supaya matlamat hijrah kita ini jelas, bertepatan dengan hadis 1 dalam hadis 40:
"setiap amalan dimulakan dengan niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah keran Allah dan rasulnya, maka hijrahnya akan dinilai mengikut niatnya iaitu menuju Allah dan rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut itu"
So,MARILAH KITA MENUJU KEJAYAAN!!!!! Insyaallah..
Wallahualam..
"Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini."
(Al Baqarah :30)
timbul satu lagi persoalan BESAR disini.... ADAKAH KITA SUDAH MELAKSANAKAN KEDUA-DUA ATAU SALAH SATU DARIPADANYA??? Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang bersyukur?? Tepuk dada tanya iman..
MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN???
wallahualam...
Sabda Rasulullah SAW
" Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. "
bagaimana seorang anak itu ingin dibentuk sekiranya bayi yang hanya beberapa minit melihat alam yang fana ini dibuang kedalam tong-tong sampah??? Fikir-fikirkanlah.. tepuk dada tanya iman...
Wallahualam...
Assalamualaikum w.b.t
“Hai!!!! Awak ape khabar harinie??..” Kalau takpun “hello!! Camane awak harinie?? “Itulah perkataan yang mungkin kite selalu ucapkan apabila kita bertemu antara satu sama lain. Tapi sedarkah kita bahawa ada satu kalimah yang sememangnya kian dilupai dan kalimah ini sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sendiri
Kalimah itu ialah Assalamualaikum.. Sebenarnya hati ini terdetik ingin mengepos mengenai kalimah ini kerana merasakan kalimah ini semakin dilupai dan kian kurang kedengaran antara sesama kita. Ingatkah kita sewaktu zaman muda-muda dulu(waktu sekolah) bile jumpe senior saje terus beri salam tanpa mengetahui apakah asbab dan musababnye..
Sebagai seorang muslim kita mestilah mempraktikkan amalan ini apabila bertemu atau berjumpa saudara seIslam dimana sahaja berada. Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 86
"Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam, maka jawablah penghormatan atau salam itu dengan lebih daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya"
Disini jelaslah kepentingan amalan salam ini. Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan tentang amalan ini. Disini saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah hadis .
Dari Imran bin al-Husain r.a. katanya,
"Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw, lalu dia mengucapkan Assalamualaikum. Kemudian nabi mengucapkan, "SEPULUH", maksudnya pahalanya digandakan sepuluh kali. Selanjutnya datang orang lain lalu dia mengucapakan, "Assalamualaikum warahmatullah", Lalu rasulullah berkata, "DUA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Kemudian ada pula orang lain datang , lalu mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh". Kemudian rasulullah membalas salam tersebut lalu bersabda: "TIGA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.
Jadi, saya ingin menyeru kepada diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain agar mengamalkan amalan ini. Kalau berasa berat untuk mengucapkan yang tiga puluh, cukuplah sekadar yang sepuluh itu... Samalah-samalah kita menghidupkan amalan ini..
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..
Wallahualam..