Bingkisan Hati..

Kehadiranku Ini Bukan Hanya Untuk Memberitahu, Tapi Juga Untuk Mencetuskan Mahu!!

Thursday, December 3, 2009

Jahil=bodoh=kurangpandai=kita?????

Assalamualaikum wbt..

"kalau aku kate orang sekarang nie semakin bodoh atau bodoh kepal(bhs trg yea) korang percaya tak??" kate seorang kawan kpd kwnnya yg lain "orang lain yang bodoh atau ko yang bodoh???.. ko tak nampak ke manusia semakin hari semakin maju??"

mungkin dialog diatas bterjadi sekiranya kita menyayakan soalan sedemikian kepada kawan2 kita atau orang lain. Memang sudah lumrah seseorang itu akan marah sekiranya kita mengisytiharkan bahawa dia BODOH.

tapi sedarkah kita bahawa manusia sekarang menjadi bertambah bodoh atau dengan kata lain bertambah jahil... meungkin korang sume tertanya-tanya kepada aku sanggup mengeluarkan statement sebegini yang agak kasar bunyinya. Nah!!!! nie buktinye:

dimanakah nilai-nilai kemanusiaan kita??!!!
apakah dosa bayi kecil ini sehinggakan tidak diberi peluang untuk hidup??

atau kita sememangnya jahil???!!

dimanakah silapnya???
Nielah mungkin 0.1% bukti yang manusia yang dikatakan maju ini sebenarnya jahil!! (geram nie) kita sebenarnya semakin jahil jauh lebih jahil daripada kaum jahiliyah.

Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. Dizaman itu, mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu dihari besar mereka nanti, seperti adat dizaman tersebut. Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina, samada anak lelaki atau anak perempuan. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir, sedang Jahiliyah dizaman hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas !!

“Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8).

Secara logiknya, sanggupkah seorang ibu membuang anaknya sendiri yang dikandungnya selama 9 bulan itu??? adakah perkara sebegini kita definisikan sebagai maju???Dimanakah nilai2 kemanusiaan?? Bukankah Islam mengajar hanya nilai-nilai murni kepada umatnya.

Sabda Rasulullah SAW

" Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. "


bagaimana seorang anak itu ingin dibentuk sekiranya bayi yang hanya beberapa minit melihat alam yang fana ini dibuang kedalam tong-tong sampah??? Fikir-fikirkanlah.. tepuk dada tanya iman...


Wallahualam...


2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    betul3x..dunia telah kembali kepada zaman jahiliyah..nauzubillah...tapi bukan nak mengata tapi itulah hakikat..dunia telah menjadi semakin jahil.hakikatnya manusia itu sendiri sudah tidak mempunyai persaan malu lagi pada Sang Pencipta...
    Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Al-A`raf 179

    Dan sungguh,akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka yang memiliki HATI tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah dan memiliki mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah,dan mempunya telinga tapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat2 Allah..Mereka seperti haiwan ternakan bahkan lebih teruk lagi....nauzdubillah...
    moga2 kita terhindar dari golongan tersebut....

    Sampaikanlah kepada mereka walaupun satu ayat.........WALLAHU`ALAM

    ReplyDelete
  2. betul3x.. mudah2an golongan belia yang ada sekarang inilah yang akan mencetuskan revolusi islam!!! insyaallah..

    ReplyDelete